Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Amerika Syarikat mempertimbangkan langkah menutup operasi CIA di Afghanistan, sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk mengurangkan konflik di negara Asia yang dilanda perang tersebut, lapor The New York Times.
Akhbar itu melaporkan pada hari Jumaat bahawa perbincangan mengenai kehadiran CIA di Afghanistan adalah sebahagian daripada usaha Washington untuk memperkukuhkan perjanjian perdamaian di antara A.S kumpulan militan Taliban.
A.S mendakwa bahawa perjanjian itu dibuat dengan tujuan untuk menamatkan konflik berterusan di Afghanistan.
Di bawah perjanjian yang ditandatangani di ibukota Qatar, Doha, pada 29 Februari lepas, Washington berjanji untuk mengundurkan pasukan Amerika Syarikat dan tentera asing dari Afghanistan menjelang Julai tahun hadapan.
Tawaran Washington itu dibuat dengan syarat bahawa pihak militan Taliban perlu memulakan rundingan dengan kerajaan Kabul dan mematuhi komitmen keselamatan mereka seperti yang tertera di dalam perjanjian itu. - Press TV
18 April 2020 - 15:30
News ID: 1027060
Amerika Syarikat mempertimbangkan langkah menutup operasi CIA di Afghanistan, sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk mengurangkan konflik di negara Asia yang dilanda perang tersebut, lapor The New York Times.